# today is monday :)
ni de kesah sal panadol.selamat membaca,sumpah xrgi lau bace :)
JANGAN
AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI UNTUK PENGETAHUAN, ikuti
sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya… “Suami saya
bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital
sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat
doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit
kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol.
. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari
altenatif lain. Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita .
Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal
di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi,
pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa
kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa
penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani
rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan. Alternative Treatment (
Tips ) Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan
ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak . Sebagai rawatan
alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman
isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2.
Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman. Saya dan suami
pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah
merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi
tekanan darah menurun dari kepala anda. Panadol adalah sejenis “pain
killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang
kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila
ia kurang berkesan. Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita
semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman
melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila
terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu
banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti
mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan
yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk
mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat
seperti morfin? Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan
ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda. Sumber :- http://www..omaQ.
org
No comments:
Post a Comment